Tutorial amalan terbaik adalah sebuah program perkongsian santai tetapi padat dengan ilmu tentang pelbagai aplikasi dan bahan yang bersesuaian digunakan mengikut keadaan semasa. Perkongsian ini bertujuan membantu para guru untuk mendapatkan idea tentang amalan yang boleh dilakukan untuk menjadikan PdPR atau PdPc lebih menarik dan interaktif dalam usaha menarik minat murid untuk menyertai kelas masing-masing. Ini kerana sesi PdPR yang berlanjutan membuatkan sesetengah murid mula hilang fokus dan minat untuk menyertai kelas, sekaligus menyebabkan ada antara guru mula hilang semangat dan kurang bermotivasi untuk mengajar. Menumpukan pada amalan dan bahan yang mudah dan murah, perkongsian ini diharapkan dapat membantu guru-guru, tidak kira samada guru yang mahir dengan teknologi mahupun guru yang memerlukan bimbingan secara berkala. Topik yang berlainan akan dikupas setiap minggu, jadi jangan lupa untuk terus setia bersama kami setiap hari Selasa, jam 8.15-9.15 malam.
🔰 Tarikh : 7 SEPTEMBER 2021
🔰 Hari : Selasa
🔰 Masa : 8.15 – 9.15 malam
🔰 Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=wCZZQ43M_aA
t.me/Meihar
https://www.youtube.com/c/MeiHarYee
Jom ajak ramai-ramai menonton siaran langsung ini.
#segmenkhas
#akademiyoutuber
Inisiatif:
https://www.akademiyoutuber.com
https://t.me/KelabGuruMalaysia