Membaca penting untuk menambah ilmu. Dengan membaca, murid-murid akan dapat meningkatkan kelancaran bacaan murid dan ilmu pengetahuan mereka. Penghasilan video ini adalah berdasarkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Selain daripada itu, kandungan video ini adalah berdasarkan buku teks dan buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 1. Video ini akan membantu murid-murid supaya tidak ketinggalan di dalam pelajaran. Walau di manapun kamu berada PdPR TETAP TERLAKSANA.
Untuk pelajaran kali ini, murid-murid akan belajar memahami soalan bercapah yang diberi. Di akhir sesi pembelajaran, murid-murid akan dapat membina dan menulis jawapan bagi soalan bercapah. Oleh itu, Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada murid-murid.
Kaedah ansur maju akan diaplikasikan untuk memberi peluang kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.
PAUTAN VIDEO : https://www.youtube.com/watch?v=fL2H7el4BQI
NAMA GURU : CIKGU HASYAH
SEKOLAH : SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU
SALURAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/c/CikguHasyah