Membaca penting untuk menambah ilmu. Dengan membaca, murid-murid akan dapat meningkatkan kelancaran bacaan murid dan ilmu pengetahuan mereka. Penghasilan video ini adalah berdasarkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Selain daripada itu, kandungan video ini adalah berdasarkan buku teks dan buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 1. Video ini akan membantu murid-murid supaya tidak ketinggalan di dalam pelajaran. Walau di manapun kamu berada PdPR TETAP TERLAKSANA.
Untuk pelajaran kali ini, murid-murid akan membaca dan memahami teks yang dibaca. Di akhir sesi pembelajaran, murid-murid akan dapat melengkapkan peta pokok berdasarkan teks yang diberi. Oleh itu, Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada murid-murid.
Kaedah ansur maju akan diaplikasikan untuk memberi peluang kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.
PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=_fxrvVlIe2A
NAMA GURU :
CIKGU HASYAH
SEKOLAH :
SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU
SALURAN YOUTUBE :