Standard Kandungan : mendarab nombor perpuluhan dengan teknik teknik mudah dan cepat faham .
Terdapat pelbagai kaedah dan cara dalam pengajaran Matematik. Murid-murid boleh membuat pilihan kaedah yang bersesuaian bagi menjawab atau menyelesaikan masalah. Sebagai guru, kita seharusnya mendalami pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bagi mata pelajaran Matematik agar pengajaran kita lebih seronok dan mudah difahami oleh setiap murid.
Kefahaman dalam topik asas adalah sangat penting bagi tajuk ini sebelum murid ikuti kemahiran seterusnya . justeru itu video ini disediakan bagi meningkatkan pemahaman murid terhadap tajuk darab perpuluhan dengan cara mudah yang ditunjukkan bagi tajuk tersebut . Video ini sesuai terutama untuk murid-murid Tahun 4 , 5 dan 6.
Diharap video ini dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran dalam tajuk perpuluhan ke peringkat seterusnya dengan lebih mudah. Moga dapat memberi manfaat kepada semua.
✅ PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=eAfyeSrh9IQ
✅ NAMA GURU :
NOOR LIZAWATI BT SALZI
✅ SEKOLAH :
SK KERAYONG BERA
PAHANG
✅ SALURAN YOUTUBE :
https://youtube.com/c/CikguLiza