Membaca penting untuk menambah ilmu. Dengan membaca, murid-murid akan dapat meningkatkan kelancaran bacaan murid. Penghasilan video ini adalah berdasarkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Selain daripada itu, kandungan video ini berdasarkan buku teks dan buku aktiviti Bahasa Melayu. Video cikgu ini akan membantu murid supaya tidak ketinggalan di dalam pelajaran. Walau di manapun kamu berada PEMBELAJARAN TETAP TERLAKSANA.
Untuk pelajaran kali ini, murid-murid akan dapat menulis karangan berdasarkan gambar dan maklumat yang diberi dengan betul. Selain itu, murid-murid akan dapat menyalin semula maklumat yang diberi dalam bentuk karangan. Oleh itu, Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada murid-murid.
Kaedah ansur maju akan diaplikasikan untuk memberi peluang kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.
PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=F1jovrXa4Mg
SEKOLAH : SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU
SALURAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/c/CikguHasyah