Untuk video PdPc kali ini, murid-murid akan mengesan kesalahan ejaan di dalam teks yang diberi dan memperbetulkan ejaan tersebut. Penerangan dan latihan yang diberi diambil dalam buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1 dan buku aktiviti Jilid 2 Tahun 1. Murid-murid boleh membuat latihan tersebut semasa menonton video ini. Ibu bapa juga boleh menonton video ini sebagai rujukan untuk mengajar anak-anak di rumah. Mohon tular-tularkan dan sebar-sebarkan untuk memberi manfaat kepada semua. Belajar boleh di mana-mana sahaja bukan terhad di sekolah. Pastikan anak-anak kita tidak ketinggalan.
Untuk pelajaran kali ini, murid-murid akan dapat menulis perkataan dengan betul. Selain itu, murid-murid akan dapat mengenal pasti dan mengesan ejaan yang salah serta menyalin semula perkataan tersebut dengan ejaan yang betul.
Oleh itu, Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada murid-murid.Kaedah ansur maju akan diaplikasikan untuk memberi peluang kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.
PAUTAN VIDEO : https://www.youtube.com/watch?v=6N0n0q8UFDM
SEKOLAH : SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU
SALURAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/c/CikguHasyah