Matematik Itu Menyeronokkan. Oleh kerana, murid-murid kita terdiri daripada tahap penguasaan yang berbeza, sebahagiannya tidak dapat memahami pengajaran guru semasa di kelas. Jadi Tutorial ini dibangunkan untuk meningkatkan motivasi mereka untuk terus mencintai Matematik dan terus berusaha untuk menguasai setiap kemahiran yang dipelajari.
Video kali ini berfokus kepada bidang pembelajaran sukatan dan geometri, iaitu tajuk masa dan waktu. Ianya amat sesuai untuk tahap 2. Dalam tajuk masa dan waktu ini, murid-murid akan pelajari tentang tempoh masa yang melibatkan hari, jam, bulan, tahun, dekad dan abad. Mereka juga perlu menguasai kemahiran menukar unit masa yang melibatkan pecahan dan perpuluhan. Jadi, video ini menunjukkan cara menukar unit masa yang melibatkan pecahan.
Dalam menukar unit yang melibatkan pecahan, murid-murid perlu tahu menukar unit yang melibatkan jam ke minit, hari ke jam, tahun ke bulan, dekad ke tahun, abad ke dekad dan abad ke tahun. Semoga video ini membantu para guru dan murid-murid sekolah rendah untuk memahami tajuk masa dan waktu ini. Terima kasih atas sokongan anda semua.
✅PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=kC6yxCs3krI
✅NAMA GURU :
CIKGU PAK MALAU (MAZNI BIN OTHMAN)
✅SEKOLAH :
SK KAYAN LEKIR SITIAWAN PERAK.
✅SALURAN YOUTUBE :
https://www.youtube.com/pakmalau
❤️❤️ Terkini: Install Apps Akademi Youtuber. Kewujudan Apps yang memudahkan warga pendidik, pelajar dan ibu bapa ini ke semua rangkaian media sosial masing-masing.
LINK ✅ https://play.google.com/store/apps/details?id=com.akademiyoutuber.appname