🌹ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA
Main Apa Dulu-dulu (MADU) merupakan segmen khas yang menampilkan himpunan keunikan seni permainan tradisional. Ia juga adalah satu usaha untuk menanam minat serta mengangkat kembali permainan tradisional Malaysia agar tidak pupus ditelan zaman.
Episod ketujuh MADU adalah permainan BALING SELIPAR. Permainan BALING SELIPAR ini mudah kerana alatan yang digunakan hanyalah selipar yang selalu dipakai oleh orang-orang Malaysia. Tapi, janganlah gunakan selipar yang keras. Nak tahu bagaimana permainan ini dimainkan?
JOM! Saksikan Segmen Khas MADU. Opps, Bukan bermadu tapi MAIN APA DULU-DULU?
📍Hari : Jumaat
📍Tarikh : 11 FEBRUARI 2021
📍Masa : 5.00 petang
📍Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=ZD9VVO5XxLA
📍Join Channel Telegram MADU : https://t.me/+qhBt1POddzdjZmU1
Setiap segmen akan menampilkan demonstrasi permainan. Jom bermain bersama Team Main Apa Dulu-dulu. Ianya bukan sekadar permainan. Rancangan ini diterbitkan khas buat anda semua oleh Akademi Youtuber Malaysia dengan kerjasama eDidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia.
#segmenkhas
#akademiyoutuber
Inisiatif :