Kini kembali peristiwa Israk dan Mikraj yang mana peristiwa ini mengisahkan tentang kronologi dan ibrah untuk kita hayati bersama. Peristiwa ini mengisahkan perjalanan Rasulullah Sallahu ‘alaihi wasalam bermula dari Masjidil Haram, Mekah menuju ke Baitul Maqdis, Palestin dan terus ke Sidratul Muntaha sehingga bertemu Allah s.w.t.
Peristiwa ini berlaku pada bulan Rejab iaitu 27 Rejab. Ia juga berlaku setelah kewafatan isteri baginda Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasalam, Saidatina Khadijah r.a. dan bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika peristiwa ini terjadi baginda dalam fasa tekanan psikologi yang kuat kerana kematian dua insan yang paling rapat dengan baginda.
Pautan video:
https://www.youtube.com/watch?v=twLE1tYxpzk
#TerusBerkongsi
#AndaBuatAndaDapat