Untuk video PdPc kali ini, murid-murid akan dapat mengenal pasti Kata Kerja Aktif Transitif. Murid-murid juga dapat melihat penggunaan Kata Kerja Aktif Transitif mengikut konteks ayat yang betul. Selain itu, murid-murid dapat membina ayat dengan menggunakan Kata Kerja Aktif Transitif dengan betul. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat mempelajari Teknik membina ayat yang betul. Penerangan dan latihan yang diberi diambil daripada buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 dan buku aktiviti Jilid 1. Murid-murid boleh membuat latihan tersebut semasa menonton video ini. Ibu bapa juga boleh menonton video ini sebagai rujukan untuk mengajar anak-anak di rumah.
Selain daripada itu, murid-murid juga akan dapat melancarkan bacaan kerana mereka perlu membaca maklumat yang diberi untuk menjawab soalan-soalan yang diberi. Murid-murid juga akan dapat menambahkan kosa kata mereka. Oleh itu, Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada murid-murid.
Kaedah ansur maju akan diaplikasikan untuk memberi peluang kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Mohon tular-tularkan dan sebar-sebarkan untuk memberi manfaat kepada semua. Belajar boleh di mana-mana sahaja bukan terhad di sekolah. Pastikan anak-anak kita tidak ketinggalan.
PAUTAN VIDEO : https://www.youtube.com/watch?v=y1QP4k5JVzs
NAMA GURU : CIKGU HASYAH
SEKOLAH : SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU
SALURAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/c/CikguHasyah