HARI KELUARGA AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA #01
Malam tadi berkesempatan menyertai famili besar Akademi Youtuber di Hotel Midaris Syariah Kuala Lumpur. Walaupun hanya dapat sertai sesi makan malam sahaja, ianya amat bermakna coz dapat berkumpul secara bersemuka bersama #AdikBeradikAYU dari pelbagai negeri. Bahkan, ada yang datang dari Sabah dan Sarawak.
Sebelum ni, kami hanya dapat berkenalan secara dalam talian sedari 2020. Ini merupakan kali pertama dapat berkumpul sebegini. Meriah! Amat meriah! Semoga keakraban ini akan kekal selamanya. Doakan agar kami lebih kreatif dalam menghasilkan bahan-bahan pembelajaran di YouTube ya.
Destinasi seterusnya...SABAH!