Untuk video PdPc kali ini, murid-murid akan dapat mendengar, mengecam, memahami dan menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat. Murid-murid juga dapat menyebut frasa yang disebutkan oleh guru dengan betul. Murid-murid boleh membaca bersama-sama semasa menonton video ini. Ibu bapa juga boleh menonton video ini sebagai rujukan untuk mengajar anak-anak di rumah.
Selain daripada itu, murid-murid juga akan dapat melancarkan bacaan. Murid-murid juga akan dapat menambahkan kosa kata mereka. Oleh itu, Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada murid-murid.
Kaedah ansur maju akan diaplikasikan untuk memberi peluang kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Mohon tular-tularkan dan sebar-sebarkan untuk memberi manfaat kepada semua. Belajar boleh di mana-mana sahaja bukan terhad di sekolah. Pastikan anak-anak kita tidak ketinggalan.
PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=TwHKcl6xPyc
NAMA GURU :
CIKGU HASYAH
SEKOLAH :
SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU
SALURAN YOUTUBE :