Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) terletak di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Kompleks PSKT ini tersergam indah di Padang Hiliran Kuala Terengganu. PSKT telah dilancarkan pada tahun 2005 oleh Menteri Besar Terengganu. Sudah pasti ianya telah menjadi tarikan kepada para pengunjung yang datang ke negeri ini.
Di sini terdapat empat buah galeri yang menempatkan pelbagai alat-alat berkaitan sains yang sangat interaktif dan berkonsepkan permainan. Pastinya, ini dapat menarik minat anak-anak atau pelajar untuk mempelajari begitu banyak perkara tentang sains. Bawalah anak-anak anda ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu ini dan alami keseronokan dunia sains.
Tarikan utama di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu ini ialah Planetarium. Ia menjadi bukti kerajaan Negeri Terengganu sangat berkomitmen dalam membangunkan pendidikan, sains dan teknologi angkasa lepas di samping mendedahkan kepada masyarakat betapa pentingnya ilmu sains terhadap perkembangan dan pembangunan negeri.
Di sini pelawat dapat menyaksikan sendiri simulasi dan dokumentari mengenai angkasa dalam 3D yang dipancarkan ke ‘Dome’ (Kubah). Pelawat akan dapat merasai pengalaman menjelajah ke angkasa lepas yang dipenuhi bintang-bintang, planet, meteor, dan pelbagai lagi objek yang berada dalam sistem cakerawala kita.
Pautan Video:
Pautan Channel:
Nama:
Cikgu Jamalee
Sekolah:
Sk Temin, Perak.
Tags
PDPC