Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bersyukur kerana tanah air kita yang terletak di garisan khatulistiwa ini kaya dengan pelbagai khazanah alam semula jadi. Antara khazanah yang menjadi rebutan masa ini adalah buah-buahan tempatan seperti buah manggis, buah pisang, buah rambutan dan raja kepada segala buah iaitu buah durian.
Buah-buahan ini tumbuh dengan subur di negara kita kerana kita dikurniakan cuaca dan tanih yang sesuai untuk tumbesaran pokok-pokok tersebut.
Hasilnya, buah durian kini mendapat permintaan yang tinggi dari pasaran antarabangsa dan telah menjadi antara tanaman yang semkin popular.
Perkembangan ini adalah satu perkara yang positif untuk kita sebagai rakyat Malaysia kerana kita mampu menghasilkan produk yang mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa sekaligus meningkatkan ekonomi domestik. Justeru, mari kita huraikan kelebihan dan kebaikan buah-buahan tempatan untuk masyarakat dan juga negara.
Pautan Tugasan
https://drive.google.com/drive/folders/1FUiLAW_05dr9yzICukLiXUFi94dFBAlK?usp=sharing
Pautan Video:
https://www.youtube.com/watch?v=bH_fxkuczdw
Pautan Channel: https://www.youtube.com/CikguJaMaLee Nama: Cikgu Jamalee Sekolah: Sk Temin, Perak. #buah #tekatekipantun #Tekatekibuahbuahan #channelcikgujamalee