Untuk video PdPc kali ini, murid-murid akan dapat menghayati dan menyanyikan lagu rakyat iaitu lagu ‘Doktor-dokto Kita. Secara tidak langsung murid boleh menghayati lirik lagu tersebut dan mengetahui tugas-tugas doktor. Murid-murid juga dapat menyanyikan lagu ini dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. Murid-murid boleh membaca bersama-sama semasa menonton video ini. Ibu bapa juga boleh menonton video ini sebagai rujukan untuk mengajar anak-anak di rumah.
Selain daripada itu, murid-murid juga akan dapat melancarkan bacaan. Murid-murid juga akan dapat menambahkan kosa kata mereka. Oleh itu, Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada murid-murid.
Kaedah ansur maju akan diaplikasikan untuk memberi peluang kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Mohon tular-tularkan dan sebar-sebarkan untuk memberi manfaat kepada semua. Belajar boleh di mana-mana sahaja bukan terhad di sekolah. Pastikan anak-anak kita tidak ketinggalan.
PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=h4XQ3RnRyEw
NAMA GURU :
CIKGU HASYAH
SEKOLAH :
SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU
SALURAN YOUTUBE :
https://www.youtube.com/c/CikguHasyah