Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan Politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1969. TVET diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985–1995). Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak Politeknik serta menambah program pengajian dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan. Pada 20 November 2009, pihak Jemaah Menteri telah meluluskan Memorandum daripada Menteri Pengajian Tinggi berkaitan dengan Hala Tuju Transformasi Politeknik yang melibatkan empat teras berikut:
Pertama : Memperkasa politeknik ke arah menjadi pilihan yang setanding dengan universiti awam;
Kedua : Membangunkan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan yang bertunjangkan kekuatan di setiap politeknik;
Ketiga : Memperkasa warga politeknik dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi;
Keempat : Membina imej bereputasi tinggi budaya kerja cemerlang.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan segmen khas Sembang TVET Crew yang akan bersiaran pada minggu ini:
Tajuk: Institusi Politeknik
Tarikh: 6 Januari 2023
Hari: Jumaat
Masa: 9.30 malam
JOIN LINK KELAS ✅
LINK PLAYLIST ✅
https://youtube.com/playlist?list=PLfycRklFKVpUfTFTADndshaDh2m9seKpY
Inisiatif :
-EDIDIK MALAYSIA
-KELAB GURU MALAYSIA