Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

PENGHAYATAN BULAN REJAB | PEMBENTUKAN TAKWA SEORANG MUKMIN




Rejab merupakan bulan ke tujuh tahun Hijrah dan merupakan antara empat bulan Haram atau 'al-Ashur al-Hurum'  atau bulan yang dimuliakan dalam islam dan diharamkan berlakunya peperangan atau pembunuhan iaitu termasuklah bulan Muharam, Zulkaedah dan Zulhijah).

Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Taubah : 36, yang bermaksud;

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)"

 Selain itu, Abu Bakrah berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda;

"Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Syaban." 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Info lanjut berkaitan  Keistimewaan Bulan Rejab, Peristiwa-peristiwa Bulan Rejab serta  Amalan-amalan dan Zikir Bulan Rejab menerusi link berikut

https://www.azizahmn.com/p/penghayatan-bulan-rejab-pembentukan.html

Penutup

Bulan Rejab sangat sesuai untuk dijadikan sebagai penggerak untuk meningkatkan amalan ibadah kita. Tambahan lagi, Rejab adalah bulan yang kian hampir dengan Ramadan, jadi sesuailah untuk dijadikan sebagai bulan persediaan untuk menemui bulan mulia itu. Jadi, lebih mudahlah kita untuk berlumba beribadah di bulan Ramadan nanti jika sudah melakukan persediaan dan momentum lebih awal.

Dengan itu, laluilah bulan Rejab tanpa mengkhususkan ibadah atau amalan tertentu selagi tidak terdapat rujukan atau hadis yang pasti dan tepat mengenainya. Semoga kita sentiasa beristiqamah atau berterusan dalam beribadah bukan sahaja dalam buan Rejab tetapi di bulan-bulan lain juga, amin. Semoga mendapat manfaat daripada artikel kelebihan bulan Rejab ini.



Sumber : https://www.azizahmn.com/2023/01/penghayatan-bulan-rejab-pembentukan.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama