Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

7 HARI LAGI MENUJU RAMADAN!

7 HARI LAGI MENUJU RAMADAN!

Pejam celik, pejam celik Insya-Allah 23 Mac ini jika Allah panjangkan usia, kita akan bertemu dengan Ramadan.

Rindu kan?

Rindu dengan bulan yang Allah kurniakan banyak ganjaran pahala kepada hambaNya yang beramal ikhlas kerana Allah.

Ustaz kongsikan 10 persiapan sebelum Ramadan tiba. Kiranya 1 Ramadan nanti bukan masa untuk bermula, tetapi masa untuk kita buat pecutan hingga akhir garisan penamat.

1. Tidur & bangun awal - Tolong susun masa kita sebaiknya. Jangan tidur lambat, lalai dengan masa.

2. Berlamaan dengan Quran - Kalau sebelum ni hanya tilawah sahaja. Kali ni, baca makna, cuba hafaz dan jika mahir cuba mengajar orang lain.

3. Lazimi zikir - Boleh letak nak zikir apa pada sela masa. Selawat, istighfar, tasbih, tahmid, takbir dan sebagainya. Nanti waktu Ramadan, banyak masa terluang.

4. Tidak lagha - Hati-hati dengan apa yang ada di hujung jari. Handphone dan gadget. Mula hadkan masa dengan media sosial. Mungkin selama ni 10 jam, sekarang kurangkan 2-5 jam sahaja.

5. Dekat masjid - Kalau sebelum ni solat berjemaah 1 waktu, cuba kali ni penuh 5 waktu khususnya lelaki. Iktikaf dan baca Quran di rumah Allah.

6. Semak hukum hakam - Cuba refresh ilmu² mengenai halal haram, makruh sepanjang bulan ini. Jaga dan berhati-hati dengan kehidupan kita sehari-hari.

7. Jaga kesihatan - Puasa sebenarnya membuatkan kita lebih sihat. Elakkan berbuka berlebihan sehingga terkesan kepada kesihatan. Fokus perbanyakkan ibadah.

8. Sucikan jiwa - Persediaan hati dan jiwa untuk fokus kepada matlamat akhir Ramadan iaitu membakar segala mazmumah (kejahatan) dalam diri sehingga lahirnya insan bertaqwa.

9. Suasana di rumah - Ajak keluarga wujudkan suasana beribadah sepanjang Ramadan. Ada ruang khusus untuk solat, baca Quran, qiam dan sebagainya.

10. Sasaran Ramadan - Letak sasaran mahu kualiti Ramadan bagaimana tahun ini. Adakah sama seperti tahun sebelumnya atau lebih baik?

Jom pujuk hati kita, buat persediaan bersungguh-sungguh bertemu Ramadan.

‎اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

"Ya Allah, berkatilah kami pada Bulan Sya'ban & sampaikanlah kami dengan bulan Ramadhan"

Jom #SHARE supaya lebih ramai sahabat² dapat buat persediaan sambut Ramadan minggu depan ya 😊

#infografikdakwah

Sumber : https://www.azizahmn.com/2023/03/7-hari-lagi-menuju-ramadan.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama