Assalamualaikum dan Salam Mesra
Kali ini Cikgu Nor nak berkongsi contoh karangan Biografi dan Autobiografi bagi murid tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) memandangkan ada permintaan daripada rakan-rakan ibu bapa murid-murid yang sangat prihatin pada pelajaran anak-anak mereka.
Berikut adalah contoh-contoh karangan Biografi dan Autobiografi berserta rangkanya sekali. Seperti yang murid-murid dah belajar, sebelum anda nak mula menulis karangan,anda perlu menyediakan rangka karangan. Rangka karangan dibuat kerana..
1. Supaya boleh dijadikan rujukan semasa menulis nanti.
2. Rangka karangan ditulis adalah untuk mencatat isi-isi penting atau idea-idea yang bernas yang hendak dibincangkan atau ditulis dalam kalangan.
3. Rangka karangan dibina untuk mengatur atau menyusun idea-idea secara logik yang akan digunakan untuk menulis karangan.
Kebiasaannya rangka karangan ditulis dalam tiga bahagian iaitu:
1. Pendahulan
2. Isi-isi
3. penutup.
KARANGAN BIOGRAFI
Karangan Biografi ialah sebuah karangan yang ditulis tentang riwayat atau kisah hidup seseorang.
Tajuk yang akan kita bincangkan bagi karangan biografi ialah "Tuliskan sebuah karangan tentang Sahabat Karib".
Rangka karangan :
Pendahuluan:
- Nama sahabat karib - nama panggilan - tarikh lahir
Isi:
1. - nama dan pekerjaan ibu dan bapanya
- merupakan anak yang pertama
- mengenali sejak kecil - berjiran
- dibesarkan oleh pnegasuh yang sama
2. - persahabatan yang akrab
- sering dibawa balik ke kampung
- macam belangkas
3. - bercita-cita tinggi seperti ayahnya
- bersaing untuk merebut tempat teratas
- mendapat 'A' dalam semua mata pelajaran
4. - mewakili sekolah dalam sukan badminton dan bola sepak
- mempunyai hobi yang sama
Penutup:
- walaupun mempunyai sahabat karib - tetap berkawan dengan orang lain juga
- pepatah Melayu mengatakan " berkawan biar seribu, bermusuh jangan sekali"
- teman setia - sanggup sedih dan ketawa bersama-sama.
Contoh karangan Biografi:
KARANGAN AUTOBIOGRAFI
Karangan Autobiografi ialah sebuah karangan yang ditulis tentang riwayat atau kisah hidup sesuatu.
contohnya seperti riwayat hidup sebuah basikal, riwayat hidup sebuah kereta, riwayat hidup sebatang pen, riwayat hidup sepasang kasut dan sebagainya.
Seperti karangan Biografi, sebelum menulis karangan Autobiografi, anda juga perlu membuat rangka karangan terlebih dahulu.
Tajuk yang akan kita bincangkan bagi karangan biografi ialah "Tuliskan sebuah karangan tentang Aku Sebuah Kamus".
Rangka karangan :
Pendahuluan:
- nama (jenama), tempat asal dilahirkan (di mana)
Isi:
1. - rumah kedua - Kedai Buku Popular
- ditempatkan sederet dengan kamus-kamus pelbagai penerbitan
- dibeli dengan harga RM28.00 senaskhah
2. - rumah ketiga -rumah tuan baru
- diletakkan di atas rak
- digunakan untuk merujuk perkataan yang sukar
- dibawa ke sekolah
3. - ramai murid tidak membawa kamus ke sekolah
- jika boleh bercakap - ingin menasihati murid-murid agar memiliki sebuah
kamus
Penutup:
- menjadi pembantu
- menjadi sahabat paling lama
- berjanji akan tetap memberikan khidmat yang terbaik
Contoh karangan Autobiografi:
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan mencertuskan idea untuk menulis karangan yang baik.
Sumber : https://www.cikgunorainiothman.com/2023/03/bahasa-melayu-contoh-karangan-biografi.html