Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

PANDUAN SOLAT TARAWIH

Setiap tahun, seluruh umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana sahaja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia, memeriahkan malam-malam pada bulan yang mulia ini dengan ibadat solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan. Sama-samalah kita menghidup dan memeriahkan malam-malam pada bulan Ramadhan yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam "Lailatul Qadr" seperti maksud firman Allah SWT pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: "Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan yang lain."

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bererti: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu", Semoga risalah kecil ini membantu kita mengetahui atau mengulangi kembali cara solat sunat Tarawih dan Witir supaya kedatangan Ramadhan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita. 

HUKUM SOLAT SUNAT TARAWIH

Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan, sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam. Waktu Solat Sunat Tarawih lalah selepas menunaikan solat fardu Isyak dan sunat ba'diah dua rakaat. Rakaat Solat Sunat Tarawih Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat sunat Tarawih sebanyak dua puluh rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat sahaja.Pada zaman Rasulullah SAW, solat Tarawih dikerjakan sebanyak lapan rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun, terdapat juga hadis yang me riwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah mengerjakan sebanyak dua puluh rakaat. Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab RA, beliau melaksanakannya sebanyak dua puluh rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu. Solat sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

LAFAZ NIAT

Ertinya: "Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala."

RUKUN SOLAT TARAWIH

Rukun Solat Sunat Tarawih Rukun solat sunat Tarawih ini samalah dengan rukun solat yang lain juga.

PANDUAN LENGKAP SOLAT SUNAT TARAWIH

Sumber :JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) 

Sumber : https://www.azizahmn.com/2023/03/panduan-solat-tarawih.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama