Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

RAHSIA BANGUN PAGI

ISLAM menggalakkan umatnya bangun awal pagi kerana ia boleh membuka pintu rezeki (dimurahkan rezeki) dengan diikuti solat Subuh sebelum memulakan sebarang aktiviti. Amalan bangun pagi sebenarnya memberi banyak kebaikan dalam kehidupan termasuk kesihatan.

"Tidur lama lagi bagus, badan dapat rehat secukupnya"

Ramai yang beranggapan sebegitu namun sebenarnya setiap individu yang berjaya adalah individu yang bangun seawal jam 4:30 pagi untuk memulakan hari mereka.

tiada orang pernah terfikir ker kenapa solat subuh wajib diwaktu semua orang sedang tidur. apa rahsianya disitu?

Tidak kiralah apa jua aktiviti yang dilakukan setelah mereka bangun, sama ada jogging, melakukan kerja rumah, membaca buku dan sebagainya.

Tahukah anda bahawa selama 15 tahun, Presiden Starbucks Michelle Gaas telah menetapkan jam seawal 4:30 pagi untuk memulakan larian?

Ya, dengan cara ini akan membuatkan kehidupan hariannya lebih efektif untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Memang tak rugi kalau bangun awal pagi. Macam-macam jenis pekerjaan boleh diselesaikan pada waktu tersebut.

Seperti perkongsian seorang lelaki iaitu Afnan Rosli mengenai kebaikan bangun awal pagi yang ramai tak tahu. Menurutnya, individu yang bangun sebelum subuh adalah individu yang berjaya.

Siapa tak nak berjaya bukan?

Namun, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha padu diri sendiri. Malah, waktu anda bangun pagi untuk memulakan kerja juga memberi impak yang besar dalam kehidupan.

Contohnya individu yang bangun selepas Subuh lalu terus bersiap untuk pergi kerja, ianya adalah berbeza dengan individu yang bangun sebelum menjelang waktu Subuh iaitu sekitar jam 4:30 pagi hingga 5:30 pagi.

Kenapa?

Baca perkongsian Afnan untuk mengetahui lebih tentang kebaikan bangun awal pagi.

"Tak faham kenapa Allah suruh solat Subuh. Waktu itu waktu orang tidur.."

Soalan ini sering bermain di fikiran sejak dulu lagi.


Then when i got into personal development, saya study orang-orang berjaya dan berpengaruh dalam dunia, saya dapati mereka semua ada satu persamaan. Orang yang bangun sebelum Subuh, mereka bagi impak besar pada dunia sekeliling dia.

Tak kira dia jahat atau baik, pasti dia jenis orang yang bagi impak pada dunia sekeliling dia. Even Adolf Hitler yang jahat tu pun bangun awal pagi.

Kenapa?

Orang yang berjaya bangun awal pagi ini adalah mereka yang dikategorikan sebagai over-achievers

Tapi tuan, saya pun bangun sebelum Subuh, bersiap-siap, sebelum subuh lagi saya dah drive pergi kerja.

No, thats a different kind of story. Saya tak cakap pasal yang bangun sebab terpaksa gi kerja awal, elak jam. Bangun pulak kalut-kalut bersiap. Itu dah Vibrates at desperation dah. Cerita lain.

Ini yang saya maksudkan ialah orang yang bangun awal jam 4am-5am kerana memang pilihan mereka. Mereka bangun, dan mereka ambil masa untuk duduk dengan diri mereka sendiri.

Di bawah merupakan 5 sebab anda kena bangun awal pagi.

TAKE NOTE!

1. MIND OVER MATTERS:

Orang yang bangun awal, mereka berjaya mengawal minda mereka melawan segala alasan dan pengaruh luar. Minda kita seperti otot, lebih banyak kita latih, lebih kuat dia jadi.

Jadi, orang yang setiap hari bangun awal, dia sedang melatih untuk take charge dan mempunyai sepenuhnya kawalan terhadap minda mereka. You start to control your mind, you start to control your life.

2. MORE PRODUCTIVITY:

Bila kita dah bangun 2, 3 jam awal dari orang lain, kita ada banyak masa untuk buat planning, buat Mental rehearsal, persiapkan mind, body and soul kita untuk hadapi hari yang penuh productivity nanti.

Orang-orang Spartan ada satu pepatah " He who sweats more in Training, bleeds less in War." Meaning if you go out in battle well prepared, you will achieve more.

3. STRENGTHEN WILL POWER:

Antara kunci Kejayaan dalam hidup ialah keazaman atau will power. Orang yang mampu bangun awal pagi, mereka melatih diri mereka untuk mempunyai keazaman yang sangat tinggi.

Bukan senang tau nak tolak selimut waktu pagi ni. Sebab tu orang yang kuat ialah orang yang mampu bangun Subuh berjamaah!

Sebab tu Nabi kata 2 rakaat sebelum Subuh lebih bernilai dari dunia dan seisi nya. The fact that kita mampu bangun sebelum subuh setiap hari menandakan kita mempunyai very high will power.

4. START WITH VICTORY:
Bila kita bangun sebelum Subuh sebenarnya kita sedang mulakan hari dengan kejayaan Besar! Sepanjang hari kita mengalami internal battle dengan diri kita sendiri.

Menang di waktu awal pagi akan bawa kita pada kemenangan demi kemenangan sepanjang hari.

5. PEACEFUL:

Waktu sebelum subuh adalah waktu yang paling tenang, paling tidak ada distractions. So, waktu tu lah kita nak practice untuk jadi orang yang sentiasa bertenang.

"Achieve more while the world is still sleeping." - Robin Sharma

Orang lain tengah tidur, kita dah capai macam-macam. So, kalau anda nak hidup anda improves, nak jadi Top Performers, nak jadi Over Achievers, nak jadi Best of the Best. Start bangun awal mulai harini!

Trust me, cuma ubah waktu anda bangun pagi, cara anda bangun pagi, anda akan jadi orang yang sangat powerful dan berpengaruh. Percaya tak? Kena percaya!

"The body Achieves what the mind believes."

Selamat memulakan pagi anda dengan KEKUATAN!

Sumber : https://www.azizahmn.com/2023/03/rahsia-bangun-pagi.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama