Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
Bertuahnya anak-anak zaman sekarang kalau nak dibandingkan dengan zaman cikgu kecil-kecil dulu main kerea kena korek parit jadikan litar. Zaman sekarang kita bukan sahaja dapat bermain malah disertakan dengan ilmu pengetahuan berkaitan komponen elektrik dan mekanikal yang sangat menarik!.
Hari ini dijemput ke PPD bersama Cikgu Basri untuk mencuba sesuatu yang baharu. Set ini dibekalkan kepada PKG untuk dimanfaatkan oleh warga Manjung. Menarik! itulah gambaran awal kerana papan mikropengawal yang lebih besar disertakan dengan pelbagai komponen seperti sensor pemanduan yang akan mengikut arahan yang ditetapkan oleh pengguna.
Mikrobotik dan Rekaedukit dijangkan akan membuka lembaran baharu apabila guru dan pelajar berpeluang menggunakan set yang dibekalkan sebagai pendedahan awal untuk pengaturcaraan yang lebih menyeronokkan. InsyaAllah satu sesi bengkel akan diadakan dalam masa terdekat melibatkan guru-guru Rekabentuk dan Teknologi seluruh daerah Manjung.
BACA JUGA :
🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan
🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023
🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.
Sumber : https://www.cikgusuffi.com/2023/03/zaman-dulu-korek-parit-buat-litar-zaman.html