Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

Bahaya 'Reused Content' yang perlu diketahui oleh semua Youtuber sebelum terlambat!



Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Minggu akhir berpuasa dalam seronok nak menyambut hari raya lazimnya terima kad ucapan, video raya dan semua yang seronok-seronok saja, tapi berbeza pula dengan kehidupan youtuber apabila terima perkhabaran duka melalui email berkaitan :

STATUS YOUTUBE PARTNER PROGRAM YANG DITARIK BALIK


Terkejut ya amat! kenapa ini semua boleh berlaku. Perjalanan channel yang dikatakan melanggar polisi yang telah ditetapkan di bawah kategori 'Reused Content'. Mungkin lebih banyak channel yang akan akan terima perkhabaran ini dalam masa terdekat kerana sekarang pihak pengurusan sedang mengesan video-video yang tidak unik dalam setiap channel youtube yang wujud.

Logiknya jika kita memiliki sebuah komputer, kita akan pastikan storan komputer kita tidak memiliki duplicate content yang boleh membebankan storan yang sepatutnya diisi dengan fail lain yang lebih penting dan unik. Konsep yang sama digunakan untuk server apabila semakin banyak content yang sama akan membebankan storan dan meningkatkan kos mereka. 

Sekiranya kita tidak melakukan sebarang kesalahan, sentiasa mengikut apa yang dibenarkan dan apa yang tidak dibenarkan, insyaAllah semuanya akan dipermudahkan. 

Berbalik kepada Youtuber Pendidikan, saya melihat banyak channel akan terima tindakan ini kerana ada sebahagian daripada kita yang menggunakan semula video-video daripada channel-channel orang lain. Sekiranya anda menerima tindakan ini, Boleh ikuti langkah-langkah ini untuk memastikan Channel Youtube anda kembali berada dalam status Youtube Partner Program. 

LANGKAH-LANGKAH 'APPEAL' :


1. JANGAN padam mana-mana video yang dirasakan 'Reused Content' daripada channel anda setelah menerima notis daripada pihak Youtube. 
2. Dalam tempoh 14 Hari (atau mengikut tarikh yang ditetapkan) sila buat satu video penerangan dengan terperinci BERDURASI 5 MINIT bagaimana video yang sama dengan di channel orang lain boleh berada di channel anda dan ceritakan terperinci bagaimana kaedah kita menghasilkan video tersebut menggunakan bahasa inggeris.
3.  Muat naik video tersebut ke Channel yang dikenakan tindakan dan set sebagai 'Unlisted'.
4.  Melalui Youtube Studio, klik 'Start Appeal'  dan masukkan link video yang telah dimuat naik ke Channel masing-masing dengan status 'Unlisted'. 
5. TUNGGU pihak Youtube akan menilai video anda dalam tempoh 14 HARI dan mereka akan memaklumkan sama ada tindakan itu dikekalkan atau dibatalkan. 
 
Alhamdulillah, Channel Akademi Youtuber dikembalikan status Youtube Partner Program tidak sampai 12 jam selepas tindakan 'Appeal' diambil dengan menghantar video penerangan terperinci kepada pihak Youtube. 




Ambil maklum semua, channel-channel warga pendidikan yang berkongsi bahan, berkongsi siaran langsung serentak di beberapa channel, channel yang mengandungi video hasil karya orang lain dan turut dimuat naik oleh pemilik video ke channel sendiri, anda mungkin akan berdepan dengan tindakan ini dan pastikan apa yang kita lakukan memiliki bukti kukuh kerjasama dan bukan sekadar menceduk hasil karya orang lain lalu dimuatkan ke channel masing-masing. 

Semoga membantu! Terima kasih.

BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.





Sumber : https://www.cikgusuffi.com/2023/04/bahaya-reused-content-yang-perlu.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama