Permintaan semua pihak supaya sesi persekolahan bermula Januari akan dapat dilaksanakan bermula tahun 2026.
Kami di KPM akan memastikan usaha ini dapat dilaksanakan dengan mengambil kira semua faktor terutama dalam memastikan murid-murid dapat menjalani sesi persekolahan yang lengkap bagi menghabiskan kurikulum tahunan mereka selain masa yang mencukupi untuk persediaan peperiksaan utama seperti SPM, STPM dan STAM.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
Sukacita dimaklumkan, KPM telah memulakan usaha dengan merancang untuk mengawalkan kalendar akademik persekolahan sesi 2024/2025 bermula pada bulan Februari 2025.
Kalendar persekolahan dirancang dapat bermula pada bulan Januari ialah pada tahun 2026.
Permulaan takwim persekolahan itu diubah daripada Januari kepada Mac sejak 2022, selepas KPM mengumumkan sesi persekolahan 2021 dilanjutkan sehingga Februari tahun berikutnya ketika sesi persekolahan terkesan akibat pandemik COVID-19 melanda seluruh negara
Jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190, iaitu memerlukan 32 hingga 38 minggu untuk menyelesaikan kurikulum persekolahan setahun.
Perubahan kalendar akademik perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat, banjir pada hujung tahun dan tidak mengganggu jadual peperiksaan seperti SPM, STPM dan STAM.
Tags
KPM