YOUTUBE : PEMANGKIN AMALAN STEM DAN PENDIDIKAN DIGITAL DALAM KALANGAN GURU DAN MURID.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam Malaysia Madani.
Salam Sepakat Sabah HEBAT.
Salam Kudat Menjuarai Perubahan, Kudat Juara!
Webinar SUMORIBAU STEM PaDu Siri 3 ini adalah salah satu program pengisian sempena STEM FIESTA PPD KUDAT 2023. Program merupakan kolaboratif padu antara Unit Sains & Matematik dan Unit TVET Sektor Pembelajaran, PPD Kudat, Sabah dengan kerjasama JPN Sabah dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. #tagline SUMORIBAU STEM PaDu ( Pendidikan Digital untuk murid dan guru).
Webinar Siri 3 kali ini menampilkan 4 ikon utama Akademi Youtuber Guru Malaysia yang akan membicarakan perkongsian tentang amalan realiti mereka dalam konteks aplikasi pelantar YouTube sebagai pemangkin amalan STEM dan pendidikan digital di lapangan kerjaya masing-masing. Inti pati bicara kali ini mengupas tentang kelebihan pelantar YouTube dan mengapa pelantar YouTube dianggap antara pelantar yang amat "Tip-Top" sebagai saluran PdPc masa kini? Siapakah pula ikon-ikon ini dan apakah sumbangan hebat mereka di lapangan masing-masing? Jom kita sama-sama merungkai dan merangkai setiap persoalan -persoalan misteri tersebut dengan mengikuti Webinar SUMORIBAU STEM PaDu Siri 3 mengikut ketetapan berikut:
📆 Tarikh : 25 Julai 2023 ( Selasa )
⏰ Masa : 2:00 Petang
🎞 Pelantar YouTube: https://www.youtube.com/live/7QVwttfHhFI?feature=share
dan juga
↪️ Pelantar FB: https://fb.me/e/uuQkbxAb
kami bawakan khas untuk anda semua, di mana pun anda berada!
✅ Kehadiran SPLKPM disediakan.
Jangan ketinggalan. Sila kongsi dan sebarkan untuk manfaat bersama.
Terima kasih atas sokongan dan penyertaan cakna anda.
#webinarSTEMdan pendidikandigital
#STEMFIESTAPPDKUDAT2023
#YouTubepemangkinSTEMdanpendidikandigital