Portal AYU Cipta Sejarah dengan Lebih 10 Juta Tontonan
Portal Akademi Youtuber (AYU) terus mencatat kejayaan membanggakan dengan merekodkan 10,005,548 tontonan sehingga kini. Pencapaian ini adalah hasil usaha berterusan sejak penubuhannya pada tahun 2020, menjadikan tahun 2024 sebagai tahun keempat AYU beroperasi. Sejak itu, AYU telah berjaya melahirkan lebih 1,600 saluran YouTube yang aktif.
Kesemua YouTuber ini berjaya menerbitkan lebih 28,000 video pendidikan yang boleh diakses oleh seluruh rakyat Malaysia melalui pelantar YouTube. Portal AYU menjadi platform utama dalam memartabatkan pendidikan digital, selari dengan arus teknologi semasa. Dengan penggunaan teknologi pendidikan digital dan AI, kandungan video yang dihasilkan kini lebih interaktif dan berkesan.
Teknologi AI turut dimanfaatkan dalam menghasilkan video pendidikan, sesuai dengan tahap dan keperluan pelajar. Ini menjadikan proses pembelajaran lebih fleksibel dan mampu diakses di mana-mana sahaja. Pencapaian ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan padu semua pihak yang setia bersama AYU sejak dari awal. Tahniah kepada semua yang terlibat dan terima kasih atas sokongan yang tidak pernah putus. Mari teruskan perjuangan dalam memastikan pendidikan dapat disampaikan dengan lebih meluas dan berkesan. Layari www.akademiyoutuber.com untuk maklumat lanjut.
Tags
featured