Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
featured

Cikgu Dikda hasilkan video PdPc yang luar biasa!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami di Akademi Youtuber ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Cikgu Dikda, yang telah menyertai Akademi Youtuber dalam pengambilan Batch 2024. Cikgu Dikda kini berada di Challenge 3 dan dengan bangganya, beliau merupakan Youtuber pertama yang berjaya menyiapkan tugasan pada tahap ini.

Lebih membanggakan lagi, Cikgu Dikda telah menghasilkan video berkualiti antarabangsa, memperlihatkan dedikasi dan usaha kerasnya dalam memperkaya kandungan pendidikan di platform digital. Usaha seperti ini pastinya akan membuka lembaran baharu dalam dunia pendidikan digital , menjadikannya lebih menarik dan interaktif di Malaysia.


Kepada penonton dan penggiat pendidikan digital, anda boleh berkunjung ke Channel Cikgu Dikda di pautan berikut: https://youtube.com/@cikgudikda?si=Z_ueEBeVEuBVzk5s untuk mengikuti perkembangan dan menimba inspirasi daripada beliau.

Kami di Akademi Youtuber sangat berbangga dengan pencapaian sebegini dan berharap Cikgu Dikda akan terus menjadi sumber inspirasi kepada guru-guru lain.

Pada tahun ini, dijangka kesemua ahli Batch 2024 akan bergraduasi setelah menamatkan semua cabaran yang ditetapkan. Semoga Cikgu Dikda dan rakan-rakan terus cemerlang dalam perjalanan ini!

Sekian, terima kasih.

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama