CERITERA JOHAN KATEGORI GURU TV PSS TERBAIK SEKOLAH RENDAH SEMPENA FESTIVAL TV PSS PERINGKAT NEGERI MELAKA 2024
"Azlina, awak masuk ya dua pertandingan ini." Saat itu, memang saya rasa berdebar sangat-sangat. Demi Allah, saya terima sahaja tugasan tu walau hati ni bercampur-baur perasaan.
"Azlina, awak masuk ya dua pertandingan ini." Saat itu, memang saya rasa berdebar sangat-sangat. Demi Allah, saya terima sahaja tugasan tu walau hati ni bercampur-baur perasaan.
Tahun lepas pun saya ada masuk pertandingan ini. Tahun ini saya masuk lagi sekali, saya lengkapkan tugasan semasa dalam kereta dalam perjalanan bercuti ke Pahang. Saya menggunakan telefon pintar untuk menyelesaikannya.
Sekejap-sekejap saya akan tanya suami, okey tak macam ini? Cukup tak macam ini? Ada kena tambah lagi tak? Kadang-kadang, saya yang tanya, saya yang jawab.😂
Saya "scroll" sambil melengkapkan apa yang dipinta. Nasib saya belum buang gambar-gambar lama dalam telefon untuk didokumentasikan. Kebetulan sejak setahun lepas, saya paksa diri untuk swafoto semasa melakukan tugasan yang saya suka buat di sekolah.
Jika diikutkan, sebelum-sebelum ini, saya tidak sempat untuk ambil gambar. Dalam kepala hanya fikir, enjoy buat kerja, sudah siap kerja, terus kemas barang, dan masukkan barang semula ke dalam studio.
Untuk tujuan dokumentasi kerja buat kita dalam bidang pekerjaan, kita perlu ada eviden untuk tujuan bukti kita melakukan apa jua tugasan. Dengan niat, ia adalah salah satu tugasan hakiki kita juga.
Dipendekkan cerita, apabila selesai sahaja tugasan, saya hantar tugasan. Kemudian, saya terus maklumkan kepada guru besar yang saya sudah hantar tugasan yang diberi kepada pihak Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
Saya mohon jasa baik beliau untuk mendoakan penyertaan saya dalam Pertandingan Guru TV PSS Terbaik Sempena Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Negeri Melaka. Doa seorang ketua, pentadbir memang makbul.
Alhamdulillah. Allah mudahkan dan saya terpilih sebagai Johan untuk Kategori Guru TV PSS Terbaik Sekolah Rendah dalam Pertandingan TV PSS Sempena Festival TV PSS Peringkat Negeri Melaka. ❤️
Walaupun rezeki saya hanya sebagai penyertaan untuk peringkat kebangsaan, saya tetap bersyukur. Allah tetapkan sesuatu sesuai pada hambaNya.
Segalanya bermula daripada AYU. #akademiyoutuber Nak belajar sedikit, tapi kerdilnya diri bila saya bukan sahaja dapat apa yang saya nak belajar, tapi lebih daripada itu. Hanya yang tahu sahaja tahu. Hanya Jauhari Mengenal Manikam. Saya sangat berterima kasih pada #adikberadikayu
Pada saya, bila ada ilmu, ia datang bersama tanggungjawab. Saya rasa berdosa dan sia-sia jika ada ilmu tapi saya tak kongsikan atau tak gunakannya di sekolah. 🙏 Ya, ampun. Ini apa yang saya rasa. ❤️
Agak panjang perkongsian serta luahan saya.
#akademiyoutuber #adikberadikayu