PERBANDINGAN PENULISAN KARANGAN SURAT KIRIMAN RASMI & TIDAK RASMI OLEH CHEKGU LK
Masih ada murid yang keliru atau terlupa atau juga kadang kala keliru untuk menentukan format surat kiriman rasmi dengan surat kiriman tidak rasmi. Surat rasmi merupakan surat formal yang dibuat khusus untuk tujuan yang rasmi. Surat rasmi tidak boleh ditulis sesuka hati kerana ia memerlukan format tertentu, penggunaan bahasa serta huruf yang betul. Antara tujuan-tujuan rasmi yang menggunakan surat rasmi adalah surat permohonan pekerjaan, surat membuat aduan / bantahan / cadangan, surat membuat rayuan, surat meminta peruntukan / derma, surat membuat jemputan rasmi, surat menempah barangan dan lain-lain lagi yang melibatkan tujuan-tujuan rasmi. Surat kiriman tidak rasmi merupakan surat-surat peribadi yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga, sahabat, guru, penjaga dan sebagainya. Isi kandungan surat tidak rasmi termasuk bertanya khabar, mengucapkan tahniah atau takziah, undangan, jemputan, ucapan dan lain-lain. Video ini membincangkan tentang karangan jenis surat kiriman rasmi dan tidak rasmi. Seterusnya, perkongsian mengenali kunci soalan, tip, format penulisan, perbandingan dan latihan ringkas untuk menguji pemahaman murid.
PAUTAN VIDEO: https://www.youtube.com/watch?v=NOcwP7SdpbI
DSKP BAHASA MELAYU SK TAHUN 4 - 3.3.1 Menulis draf dan menghasilkan penulisan imaginatif dan deskriptif. TAHUN 5 - 3.3.1 Mendraf dan menghasilkan penulisan berformat, dan tidak berformat. TAHUN 6 - 3.3.1 Menghasilkan penulisan berformat, dan tidak berformat secara koheren dan kohesi. ❤️Platform Chekgu LK : https://linktr.ee/chekgulksocialmedia Jangan lupa tinggalkan komen sebagai tanda sokongan anda! #chekgulk #akademiyoutuber #bahasamelayu #karangan #edufluencers