Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo


Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×

Akademi Youtuber (AYU): "Unsung Hero" yang Terus Menyala dalam Dunia Pendidikan Digital!




Akademi Youtuber (AYU): "Unsung Hero" yang Terus Menyala dalam Dunia Pendidikan Digital!



Akademi Youtuber (AYU) dengan bangganya tersenarai dalam kelompok eksklusif yang diiktiraf sebagai "Unsung Hero" oleh TKPPM (rujuk pautan video di bawah). Satu pengiktirafan yang bukan calang-calang—mereka inilah wira tanpa pingat, pejuang di balik tabir, yang komited mengubah landskap pendidikan digital negara.


Di sebalik nama kumpulan sukarelawan yang luar biasa ini berdiri teguh barisan guru-guru ‘LUAR BIASA’—pendidik hebat yang tidak pernah mengenal erti penat, tidak pernah menyebut ‘TIDAK’ kepada sebarang inisiatif. Mereka sentiasa bersedia, mengorbankan masa dan tenaga demi misi suci: melonjakkan potensi Guru Malaysia agar mampu bersaing dan menyerlah dalam dunia pendidikan digital yang serba mencabar.


Minggu ini, wajah-wajah ‘Guru Hebat’ dari segenap pelosok Malaysia menghiasi halaman utama portal rasmi Akademi Youtuber—satu penghormatan buat wira pendidikan ini. Sebagai tanda apresiasi terhadap dedikasi mereka yang sanggup melangkaui batas masa dan tenaga demi terus melahirkan barisan ‘Youtuber Pendidikan’ yang berkaliber di Malaysia.


Lebih membanggakan, segala usaha dan ilmu ini diberikan secara PERCUMA—tiada bayaran dikenakan, hanya perlu melabur kesungguhan dan semangat membara untuk melengkapkan kesemua modul yang telah dihasilkan sejak 2020.


Lima tahun telah berlalu... Namun AYU tetap teguh, terus konsisten melahirkan Youtuber Pendidikan berkualiti yang kini menjadi inspirasi di arena pendidikan digital.

Tahniah! Ini adalah bukti cinta kita kepada profesion yang mulia—setiap usaha pasti berbalas, setiap pengorbanan tidak akan sia-sia.

#TerusMenyala
#AkademiYoutuber
#EdufluencersPerak
#EdufluencersKPM
#CikguSuffi
#KitaBantuKita


Tonton video penuh di sini :

Kredit Video : وان حذرالدين 

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

405

Ahli Berdaftar

134

Youtuber Aktif

804

Video Pendidikan

402

Pelajar Maya

1

Laman Utama